Thursday, May 14, 2015

Alasan untuk bahagia

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

By Asfan.

Wednesday, March 25, 2015

Hilang..

Post kali ni aku tak banyak nk menaip je, cuma aku nk korang hayati lirik lagu nie..

Lirik Lagu Hilang – Adira

Hari ini sunyi sekali
Tidak seperti yang lalu
Bermula diri aku sendiri
Tiada lagi kau di sisi
Hilang semua bayanganmu
Yang tinggal hanya kenangan bersamamu
Aku hilang
Tuhan tolong ampunkan dosanya
Pada hambamu yang lemah
Bekalkan ia keberkatan
Agar dia bahagia
Di sana tempatmu selamanya
Di sini hanya menanti
Itulah kita manusia
Takkan kekal kasih selamanya
Selamanya
Selamanya
Hilang semua bayanganmu
Yang tinggal hanya kenangan bersamamu
Aku hilang
Tuhan tolong ampunkan dosanya
Pada hambamu yang lemah
Bekalkan ia keberkatan
Agar dia bahagia
Di sana tempatmu selamanya
Di sini hanya menanti
Itulah kita manusia
Takkan kekal kasih selamanya
Takkan kekal selamanya
Selamanya

Itu sahaja untuk kali ini...
assalamualaikum. 

Tuesday, January 6, 2015

Aku

Aku,
cuma seorang insan biasa,
yang tidak mempunyai apa-apa seperti harta dan sebagainya,
tapi aku mempunyai kemampuan dan kemahiran yg mampu membuat aku menjadi luar biasa

walaupun sering diperlekeh dan dipandang rendah,
aku tetap meneruskan ia dgn sabar dan tabah,
menghadapi rintangan, dan cabaran.

setiap sindiran dan cacian akan ku tepis dan abaikan,
aku tetap aku,
dan aku ada cara sendiri untuk menghadapi.

aku yakin bahawa aku boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn orang lain.
aku akan buktikan kepada semua orang yg aku boleh.

aku akan berjaya, dan aku akan capai semua impian yg aku impikan selama ini.
masa untuk mengorak langkah untuk berjaya.
In Shaa Allah.


Thursday, January 1, 2015

Goodbye 2014, Hello 2015

2014 telah melabuhkan tirainya,
segala pahit manis akan menjadi kenangan yg akan terpahat di hati setiap insan,
apa yg berlaku biar lah berlaku
marilah kita mencari segenap ruang untuk memperbaiki diri untuk menjadi yg lebih baik.
selamat tinggal 2014.

Selamat datang 2015,
tahun yg baru, pasti akan cerita baru, azam baru dan semangat baru.
tutup buku yg lama, bukalah buku yg baru.
marilah mulakan sesuatu yg baru..

Selamat Tahun Baru 2015.
semoga tahun ni memberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua..

memperingati
#MH370 #MH17 #QZ8501

Bersimpati
#MangsaBanjirDiPantaiTimur


Happy New year semua... 

Azam tahun baru. 
I want to get this.. In Shaa Allah.


Wednesday, December 31, 2014

Hati

Hati,
adalah seketul daging yg terletak dalam tubuh badan manusia,
ia juga mempunyai peranan amat besar terhadap diri seseorang,
yang mampu merubah segalahnya.

Hati ini juga dapat menunjukkan personaliti atau sifat seseorang itu,
hati juga mampu dibolak balikkan,
hati ini juga menyebabkan seseorang itu boleh berubah sekelip mata,
hati ini juga yg mampu seseorang itu merasa cinta, sayang, benci, sakit hati.

Hati,
jagalah hati ini semampunya,
jangan biar ia di penuhi dgn rasa kebencian, cemburu, iri hati dan sebagainya.
penuhkan lah ia dengan hidayah dengan melakukan ibadat,
peliharalah hati ini dengan sifat2 positif dalam diri.

dari hati ini la, orang dapat mengenali siapa diri kita yang sebenarnya.

:)

Tuesday, December 30, 2014

Rindu

Rindu,
aku terlalu rindu pada Ayah ku
aku berharap ayah akan berada dengan kami sekeluarga,
semalam 29/12/2014 genap lah 10 tahun ayah meninggalkan kami semua,
rasanya baru semalam kami dapat meluangkan masa,tapi sudah 10 tahun ia berlalu,
tiap saat memori dan kenangan masih segar diingatan ku. 
Ya Allah, Aku mohon padaMu,
Tempatkanlah ayah ku di kalangan orang-orang yg beriman,
ampunilah segala dosa-dosanya. hanya doa yg kami mampu kirimkan kepada Ayah.

putaran masa terlalu cepat berlalu,
tp alhamdulillah, sepanjang 10 tahun, ibu membesarkan aku dan adik beradik sendiri.
ibu seorang wanita yg kuat, tabah dan sabar dalam menempuh pelbagai dugaan.
hope, aku akan menjadi kuat dan setabah ibu demi keluarga kerana aku adalah tulang belakang keluarga setelah ayah pergi meninggalkan kami.
Ya Allah,
bantulah kami, permudahkanlah segala urusan kami,


Ayah,
Abang rindu sangat kat ayah,
rasa cemburu muncul bila ayah orang lain berada di saat-saat indah.
tapi apa boleh buat, yg pergi tetap pergi
Yang hidup kena tetap teruskan hidup seperti biasa.

Al-Fatihah

Kami rindu Ayah (Saharuddin bin Ilias).

tiada sesiapa yg boleh mengganti tempatmu
walaupun ayah dah tiada di dunia ini, tapi ayah masih hidup di hati kami sekeluarga.

Kami rindu ayah. :(

Saturday, June 21, 2014

Throwback Memories. (Student Life)

Assalamualaikum, 

Hallo... Sila lihat Post Title, Throwback memories. 
Konsep: Biar Gambar Berbicara. hahaha... *Poyo sikit*

















That's all,

Last Words,
Hidup Tak Selalu Indah, Tapi Yang Indah itu Hidup Dalam Kenangan.
Sweet Memories.
Miss all of them. andai bisa ku putarkan masa.