Tuesday, December 30, 2014

Rindu

Rindu,
aku terlalu rindu pada Ayah ku
aku berharap ayah akan berada dengan kami sekeluarga,
semalam 29/12/2014 genap lah 10 tahun ayah meninggalkan kami semua,
rasanya baru semalam kami dapat meluangkan masa,tapi sudah 10 tahun ia berlalu,
tiap saat memori dan kenangan masih segar diingatan ku. 
Ya Allah, Aku mohon padaMu,
Tempatkanlah ayah ku di kalangan orang-orang yg beriman,
ampunilah segala dosa-dosanya. hanya doa yg kami mampu kirimkan kepada Ayah.

putaran masa terlalu cepat berlalu,
tp alhamdulillah, sepanjang 10 tahun, ibu membesarkan aku dan adik beradik sendiri.
ibu seorang wanita yg kuat, tabah dan sabar dalam menempuh pelbagai dugaan.
hope, aku akan menjadi kuat dan setabah ibu demi keluarga kerana aku adalah tulang belakang keluarga setelah ayah pergi meninggalkan kami.
Ya Allah,
bantulah kami, permudahkanlah segala urusan kami,


Ayah,
Abang rindu sangat kat ayah,
rasa cemburu muncul bila ayah orang lain berada di saat-saat indah.
tapi apa boleh buat, yg pergi tetap pergi
Yang hidup kena tetap teruskan hidup seperti biasa.

Al-Fatihah

Kami rindu Ayah (Saharuddin bin Ilias).

tiada sesiapa yg boleh mengganti tempatmu
walaupun ayah dah tiada di dunia ini, tapi ayah masih hidup di hati kami sekeluarga.

Kami rindu ayah. :(

No comments:

Post a Comment